Dah..aku ok sket. Sahabat itu tak salah tapi dalam keadaan yang sedikit letih sepanjang minggu ni (sampaikan aku terabai tugas KOTW) aku bengang sedikit. Aku pohon maaf. Sahabat tu bukan marah, dia sekadar menegur. Layaknya dia menjadi ketua dan boleh ingatkan yang aku mmg salah.
Dah lama orang tak tegur aku. Nak marah aku?? Jauh sekali. Aku baik sangat ke?? Weihh..ada salah tolonglah tegur, tapi..ingat hikmah!! Aku banyak kena belajar. Tak kesian ke kalo aku selalu buat salah tanpa aku sedar?? Kesian kat aku..
Teringat kata-kata abg Kamal "Ketua yang baik tak semestinya boleh menjadi pengikut yang baik dan sebaliknya" Aku setuju. Kadang, bila dah biasa duduk sebagai ketua, terbawa pula etika yang sepatutnya dibuang ketika menjadi anak buah.
Aku pantang sedikit ttg etika menegur. Buat aku sedikit panas bila aku ditegur di depan sahabat lain. Aku admit, aku salah! Aku lalai dlm tugasan tapi tolong!! Aku tak suka air muka ku disimbah sbb aku jaga hati yang lain. Baik tak berbalas?? Dan aku belajar juga, jangan nak mengharap terlalu pada kebaikan yang telah diberi..
Minggu ni, aku kena handle pengambilan ahli AKADEMI FASILITATOR, yang akan menjalani training hujung minggu ni gak. Aku kejar outline aku sendiri utk study dan nota. Juga, working paper utk motivational camp yg dah approved! (tarikhnya sama dgn KOTW) Aku jadi sedikit kacau.
Aku bukan ketua yang baikkah?? Ermm..satu yang aku nampak tentang pembahagian tugas. Dan aku mungkin sedikit gagal dalam pembahagian tugasan pd orang bawahan. Putusnya, aku yang sedikit merana. Ermm..aku tak pernah menolak bakat orang lain. Aku percaya yg semua orang berbakat. Aku tahu, aku bukan sebenar ketua yg cukup sempurna dan aku takkan berhenti utk berusaha, InsyaAllah.
Ahh! Aku dimomokkan pula dengan kata-kata ini "semua orang seperti awak..sibuk" Tiba-tiba rasa nak tempeleng muka sebab aku berjaya tundukkan ego yang tak tinggi mana. Ego kata, aku banyak eskiusnya. Aku berpura?? Aku di mana?? Kejang otak nak hadapi kehidupan sibuk ni. Tapi, motivasi diberi..
"semua orang ada 24 jam yang sama"
"Orang sibuk je ada masa"
"Rasulullah tu boleh berda'wah sambil berperang"
[Dan masih nak cakap "Alah, aku bukan sempurna, banyak salahnya"]
Aku tak suka nak mengeluh bila bercerita ttg hubungan manusia. Bagi aku..ada kasih sayang sesama kita. Jika boleh, segala yang terbaik buat insan-insan bersama aku. Dan aku takkan mengeluh utk melafaz maaf hatta mengaku bersalah. Terlalu tinggikah pinta utk dibalas baik juga??
Panas lagi hati bila aku diremehkan. Aku tahu, aku bukan ketua-ketua besar. Aku tahu, aku bukan ketua yang mampu nak melaksana segala kerja dgn sempurna. Aku faham orang..kenapa masih ada yang nak berbangsat dengan aku?? Aku tak kacau orang. Aku cuma sukakan apa aku lakukan. Ada lagi nak meremehkan aku. Dalam riuh aku bersenda, dalam hati aku menyumpah. Maaf!! Aku tanya lagi..kenapa?? Aku tak kacau orang. Aku hormati..dan mengapa aku lebih tak dihargai..
Ahh! Gitulah. Kerja macam mana baik pun. Kepuasan utk diri. Nak harap harga dari manusia, tak tau nak komen apa. Aku kejar..harap redha Tuhan. Fikir semula, manusia pun dok berlumba nak menebarkan bangga diri, nak besarkan kepak yang dah luas. Dan..utk aku yang belajar ttg manusia, aku cuba.
Kataku aku cuba cuma berbaik sangka. Aku tau, hentaman tak bermakna apa. Aku tak pandai nak berterus terang. Lantas aku sembahkan kebaikan pada harapnya aku juga dikasih.
Malaslah nak ungkit segala. Aku cuma meluah walau aku tak suka utk kisah sebegini. Biar aku sayang dan hormat semua kalian dan mereka. Buat kerja aku, dan aku takkan mampu sendiri. Itu aku pasti.
Salam dari aku. Maaf pada 'kelancaran' lidah bicara. ila liqo'
3 comments:
ermm...sabar itu lebih manis. Buat ape nak marah kan??
Bila genting hati, ingat Tuhan. Makin marah makin kita dekat dgn setan..
along, marah tu baik kerana itu salah satu sifat manusia. tak marah tak cukup sifat kita sebagai manusia. hrm...tp kekadang bila kita marah, kita buat something yang akan selalu buat kita regret..well, in some cases, it's haunted us till we finish down this world.
so, marah tu marah jgk tp as human yang byk cacat celanya, kita kenal diri kita...tahu macam mana nak deal dgn marah tu...so, take the best preventive action.
marah ni kekadang boleh buatkan kita melukai orang yang kita sayang (dengan sebab orang yang kita sayang tu mahu menolong kita tapi kita pulak yang terlepas amarah kita ke atas mereka). so, kena deal elok2 lah dgn marah ni kerana jika tidak....api kemarahan yang tidak padam itu akan memakan diri sendiri.
bg saya, langkah terbaik (sejauh mana yang saya kenal diri saya ni)...saya lebih suka duduk sorang dan menghamburkan segala kemarahan saya kepada diri sendiri. maki hamun dan cacian menjadi mainan. mmg saya regret jgk memaki hamun tp kekadang tu, saya takut saya tewas kepada diri saya sendiri bila saya tak buat camtu. saya takut marah saya tu akan menimpa orang lain yang mana tak berdosa. kan saya plak berdosa dgn lebih ramai orang so baik dosa saya dgn tuhan, dgn orang yang saya marah tu jer la.
take the best action and may Allah be always with you.
Dueng, are you still there buddy? i just read all of your comments in 2021 :'( thanks for always supporting me, give me advice like you're my blood brother. jika dapat baca mesej ni, please do take care brother. i miss your advice :)
Your Along_2021
Post a Comment